MODUL 3: MENERAJUI PEMBELAJARAN

Modul 3 ini memberi penekanan kepada elemen-elemen penting berkaitan dengan pedagogi guru yang menjana kemenjadian murid. Fokus modul ialah amalan dan pendekatan pedagogi abad ke-21 (PAK21), penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi,  penguasaan  kemahiran  berfikir aras tinggi, menggunakan  pelbagai gaya pembelajaran, mengaplikasikan pentaksiran berterusan dan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian ke arah pembelajaran berkesan. Modul ini juga mengajak peserta untuk membuat pemetaan di antara Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dan PAK21 agar mereka sedar bahawa Program Transformasi sekolah adalah relevan dengan apa yang sedia ada di sekolah. Peserta dilatih untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian yang berkesan dengan mengambil kira semua elemen tersebut. Modul ini boleh merangsang transformasi sekolah melalui peningkatan profesionalisme guru dan pembelajaran murid. Sila klik pada sub modul untuk mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan;

3.0) Pengenalan Modul 3
3.1) Guru Sebagai Perancang
3.2) PAK 21 dan Standard 4 SKPMG2
3.3) PAK 21 dan Digital Tools
3.4) Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
3.5) Pelbagai Gaya Pembelajaran
3.6) Pentaksira dan KBAT 
3.7) Rancangan Pengajaran Harian

Ringkasnya, Modul 3 mempersiapkan peserta untuk  berhadapan dengan murid di dalam bilik darjah setelah mereka mendapat input tentang kepimpinan dan pengurusan sekolah di dalam Modul 1 dan Modul 2.   Adalah diharapkan ia membantu peserta untuk mempersiapkan sekolah masing masing untuk membudayakan apa dihasratkan oleh Program Transformasi Sekolah 2025.