MODUL 5: PENILAIAN DAN REFLEKSI

Modul 5 : Penilaian dan Refleksi, ini dibina khusus untuk membolehkan peserta-peserta menilai semula keempat-empat modul yang telah dipelajari dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).  Dalam hal ini, penilaian  bermaksud proses untuk mendapatkan data, bukti, maklumat dan keterangan terhadap aktiviti dan program yang dilaksanakan di sekolah. Penilaian ini adalah amat penting dalam usaha sekolah membuat justifikasi terhadap sesuatu program atau aktiviti yang telah dilaksanakan. Penerusan, penambahbaikan dan pemberhentian program atau aktiviti dapat diputuskan selepas penilaian dibuat. 

BAHAN MODUL 5 : PENILAIAN DAN REFLEKSI