MODUL 4: PEERSEKITARAN PEMBELAJARAN BERMAKNA

Modul 4 memberi perhatian terhadap pembangunan guru sebagai yang sebagai satu program yang berterusan. Kepimpinan di sekolah, perlu memastikan program pembelajaran profesional guru sebagai usaha berterusan ke arah kerja yang lebih berkesan dalam menyokong pembelajaran pelajar dan dari masa ke semasa, di samping pembelajaran rakan dalam kalangan rakan sekerja. 


Objektif Modul;

1️⃣ Mengemaskini perkembangan semasa transformasi sekolah anda
2️⃣ Mengenal pasti konsep persekitaran pembelajaran profesional dan faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaannya
3️⃣ Membudayakan persekitaran pembelajaran profesional ke arah menjadikan sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran
4️⃣ Merungkai peranan Pemimpin Pertengahan (PP) dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran profesional
5️⃣ Memantapkan kompetensi PP membimbing guru meningkatkan persekitaran pembelajaran profesional melalui bimbingan instruksional.


SubModul ;

4.0) Persekitaran Pembelajaran Profesional (Pengenalan)
4.1) Modul 4.1 - Konsep PP
4.2) Modul 4.2 - Menganalisis PPG
4.3) Modul 4.3 - Peranan Pemimpin Pertengahan (Bimbingan Instruksional)