MODUL 8: REDESIGNING STUDENTS LEARNING EXPERIENCE 

Modul 8 ini memberi penekanan terhadap Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang merupakan elemen penting bagi mengukur keberkesanan proses perancangan dan pelaksanaan yang telah di buat oleh pihak sekolah. lsi kandungan modul menumpukan kepada pelaksanaan PBD, Pertimbangan Professional dalam PBD, Pentaksiran Kerja Projek dan juga Proses Pemantauan PBD.  Sila klik pada Submodul yang berikut untuk akses kepada bahan dan maklumat lanjut berkaitan Modul 8:

8.0) Pengenalan Modul 8
8.1) Amalan PBD
8.2) Amalan Pertimbangan Profesional
8.3) Amalan Pentaksiran Profesional
8.4) Amalan Pemantauan Profesional
8.5) Rumusan & Tugasan

Dalam Modul 8 peserta dilatih untuk memahami konsep PBD dan menguasai kemahiran dalam merancang dan melaksanakan PBD di sekolah bagi tujuan mempelbagaikan kaedah pentaksiran yang boleh dibuat bagi mengukur kemenjadian murid secara menyeluruh. Modul ini juga memfokuskan pad a beberapa contoh kerja projek yang terpilih sebagai asas pertimbangan dalam merancang dan melaksanakan bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. 

Pentaksiran secara holistik berdasarkan elemen-elemen yang bersesuaian dibina menggunakan rubrik sebagai asas pertimbangan dalam penilaian yang dibuat. Pada masa yang sama proses pemantauan secara berterusan dibincangkan bagi memastikan proses pelaksanaan PBD dapat diukur secara tekal dan berkualiti.

Aspek pentaksiran adalah amat penting dalam mengenal pasti kemenjadian murid dan menjadi asas Modul 8 dibina dengan mengambil kira elemen merangkai titik-titik dalam membangunkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah kemenjadian murid. Melalui modul 8 ini adalah diharapkan agar konsep kemenjadian murid dalam Program Transformasi Sekolah (TS25) dapat dilihat secara menyeluruh.